Topik 3 Ukuran

Batu ialah mana-mana satu unit jarak yang mempunyai panjangnya di lingkungan 1–10 kilometer. Dalam konteks Melayu dan Inggeris, "batu" merujuk kepada batu statut yang sepanjang 1,760 ela (atau 5,280 kaki) yang lebih kurang sama dengan 1,609 meter. "Batu" dalam bahasa Inggeris juga merujuk kepada batu nautika antarabangsa yang tepat-tepat sama dengan 1,852 meter.

Satu kaki ditakrifkan sebagai 12 inci atau 0.3048 meter. Terdapat tiga kaki dalam satu ela. Takrif ini merupakan kaki antarabangsa Inggeris yang asal. Kaki dilambangkan dengan satu tatatanda prima (umpamanya, 30′bermaksud 30 kaki) sedangkan inci dilambangkan dengan dua tatatanda prima. Oleh itu, 6′ 2″ bermaksud 6 kaki 2 inci. Bagaimanapun, tanda petikan tunggal sering digunakan sebagai ganti untuk kaki dan tanda petikan biasa untuk inci kerana kelihatan lebih kurang sama.
Kaki sebagai ukuran telah digunakan dalam hampir semua budaya dan biasanya dibahagikan dengan 12, walaupun kekadang kaki juga dibahagikan dengan 10 (jari-jari dan ibu jari tangan) atau 16 (jari-jari tangan dan kaki). Penggunaan kaki piawai pertama yang diketahui adalah dari Sumeria. Takrifnya diberikan di arca Gudea yang terletak di Lagash dan bertarikh di sekitar 2575 SM. Sesetengah ahli metrologi mengagak bahawa kaki United Kingdom disesuaikan daripada ukuran Mesir oleh orang Yunani, dengan kaki yang lebih panjang digunakan kemudian oleh orang Rom.
Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem ukuran yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu piawai sejagat, iaitu Sistem Unit Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuk sistem metrik yang moden yang telah atau sedang diiterimaguna di seluruh dunia. Amerika Syarikat hampir pasti merupakan negara yang terakhir untuk menerimaguna sistem ini, walaupun sistem ini semakin digunakan di sana.
Dalam perdagangan, timbang dan ukur seringnya dikawal oleh peraturan kerajaan untuk memastikan keadilan dan gambaran. Bureau international des poids et mesures (BIPM) telah ditugasi untuk memastikan keseragaman ukuran-ukuran di seluruh dunia serta kebolehkesanan kepada Sistem Unit Antarabangsa (SI). Metrologi ialah sains untuk mengembangkan timbang dan ukur negara, serta timbang dan ukur antarabangsa yang boleh diterima.
Dalam bidang-bidang fizik dan metrologi, unit-unit merupakan piawai-piawai untuk mengukur kuantiti fizikal dan yang perlu diberikan takrif yang jelas supaya berguna. Kebolehulangan ujian merupakan pokok kaedah saintifik dan oleh itu, satu sistem unit yang piawai dapat memudahkan pelaksanaan ini. Sistem-sistem unit saintifik merupakan perbaikan konsep timbang dan ukur yang dikembangkan untuk tujuan perdagangan sejak lama dahulu.
Sains, perubatan, dan kejuruteraan seringnya menggunakan unit-unit ukuran yang lebih besar atau lebih kecil daripada unit-unit yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari, dan merujuk kepada unit-unit mereka dengan lebih tepat. Pemilihan unit-unit ukuran yang bijak boleh membantu para penyelidik dalam penyelesaian masalah (sila lihat, umpamanya analisis dimensi).

   
 

No comments:

Post a Comment