Pengenalan

Kepentingan Sains Dan Teknologi

Kemajuan sains dan teknologi telah banyak membawa perubahan positif kepada kita dan berkait rapat dengan kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sains telah membawa kebahagiaan kepada manusia. Sesungguhnya banyak faedah yang telah kita nikmati hasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Justeru itu tidak hairanlah jika sesebuah negara menyumbangkan belanja yang besar untuk memajukan sains dan teknologi bagi mewujudkan sebuah negara yang disegani. Fenomena ini membuktikan bahawa kemajuan sains lebih banyak mendatangkan kesan positif daripada kesan negatif. Walaupun tidak dinafikan bahawa kemajuan sains dan teknologi masih tidak dapat memenuhi kekurangan dari segi kerohanian, namun sebenarnya ia mampu memenuhi kekurangan dari segi kebendaan.




................................................................................................................................................




No comments:

Post a Comment